fantasy world
NISFU SYA'ABAN - H I J R A H
Sunday, 23 June 2013 • 16:38 • 0 comments
Assalammualaikum .

Harini Ahad. 23/6/13 bersamaan dgn 14 Sya'aban. Lepas maghrib satgi, masuknya 15 Sya'aban iaitu malam Nisfu Syaaban. 






"-Apa yg dimaksudkan malam Nisfu Syaaban?"
Nisfu Syaaban adalah malam yg penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul QadarMalam dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat para Malaikat ke Langit untuk diganti dengan buku baru. Malam dimana Allah bagi pengampunan atas dosa kita. Malam dimana Rasulullah SAW berjaga sepanjang malam untuk mohon keampunan pada Allah.

Mukadimmah - Sebelum nie ada dak diri sendiri peduli dgn smua nie? Aku tetap manusia biasa yg lalai dgn Duniawi, aku lalai dgn amalan sebelah kiri sedangkan malaikat mengambil amalan Akhirat melalui tangan kanan. Bila renung diri sendiri, Dah cukup ka amalan sebelum bertemu Pencipta? Dah penuh ka Iman dalam Dada nak lawan dengan Hawa Nafsu. Dah layak ka kaki nak langkah masuk ke Syurga Allah? Dah bersedia ka nak jawab pertanyaan Malaikat di Kubur. Bila buku amalan aku yg bakal diangkat nie masih penuh titik hitam, masih ka Allah memandang dgn penuh kebaikkan? :'(

2013 : Hijrah - Bila Allah nak kita bertaubat, maka Dia sendiri menggerakkan Hati seseorang tu. Allah temukan aku dgn seseorang yg dah mengubah semua persepsi salah aku. Dari dia aku mula belajar apa yg selama nie aku lupa, dia tak ajar aku banyak, cuma satu permulaan iaitu Aurat :) Bertudung dgn keadaan terpaksa pada permulaan, tapi sapa tau yg terpaksa tu buatkan aku Ikhlas dan Alhamdulilah kekal sampai skg. Bila perasaan Syukur dan Cinta pada Ilahi wujud, takmungkin aku akan berpaling pada Hidup yg lama . Hipokrit? Taubat takpernah wujud perkataan Hipokrit pada Allah. Betol, aku bertudung sbb seseorang, tapi tu mungkin Hidayah yg Allah nak tunjuk pada aku, iaitu Kembali pada Dia. 

Ujian- "Bersyukur bagi tiap Orang yg Allah turunkan Ujian" Kdg kdg aku tetap rasa beban dan berat Ujian yg aku pikul, aku rasa tu semua balasan apa yg aku kerjakan selama nie. Tapi hari demi hari aku cuba fahami apa sebenarnya aku perlu tau, apa sebenarnya yg aku perlu buat. Bila aku rasa Ujian nie tanda Dia sayang aku, tanda Dia kasihi aku. Berapa byk keluhan yg pernah aku ungkap, berapa banyak airmata yg aku titiskan sbb payah Ujian Dia , sama mcm aku tak Redha dgn ketentuan Dia. Aku jumpa Sinar yg selama nie aku sendiri lupa, aku nampak Cinta yg selama nie Dia tadahkan. Demi Allah, aku Yakin dengan Dia. Keyakinan aku terhadap Dia melebihi paras PujianNya terhadap Dirinya. Bila aku mula percaya apa yg berlaku ada Hikmahnya, ada ketenangan dlm Hati.

Kematian - Bila sahabat terdekat dah bertemu Ilahi baru baru nie, menguatkan diri aku yg kematian tu takpernah kenal Usia atau keadaan. Lahir dlm tarikh tak dipinta, mati dlm tarikh takdapat Ditunda. Dlm Dada tetap ada perasaan sebak dan gentar, bila pkirkan sampai masanya aku pulak bakal bertemuNya. Malaikat Maut menatap wajah tiap Umat Allah 70kali sehari, sampai masa Allah kata 'YA' maka iyalah untuknya. Andaikata takdir mengatakan Ajal menjemput seusia ini, cukup ka amalan yg nak dibekalkan di Akhirat? Ada ka sinaran yg dibawa utk menyinari kubur hari esok? Ada ka kebaikkan yg mampu membawa langkah kaki berjalan di Janatul Firdausi Allah? 
Ya Allah. Hanya Kau mengehtahui bilakah masa ku :'( Bila selama hidup asyik kejar dgn Duniawi, bila selama hidup asyik terima nikmat sdgkan tak bersyukur. Ada ka pengampunan dari Allah? Mungkin Esok atau Lusa giliran kita mengadap Ilahi . Allahuakhbar.

Bila dilontarkan, mungkin ada yg mengatakan berlagak baik. Hanya Allah yg mengehtahui apa sebenarnya dlm Jiwa. Hijrah? Jihad? Aku berhijrah demi Allah, aku berjihad untuk Diriku. Atas Urusan aku denganNya di hari Akhirat kelak. Sedikit demi sedikit aku cuba perbetulkan apa yg pernah patah, apa yg pernah hancur, apa yg pernah lupus selama nie dlm jiwa sendiri. Dah terlaksana ka tanggungjawab sbgai anak terhadap Ibubapa, dah sempurna ka tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi nie. 

-: Malam Nisfu Sya'aban, Malaikat bakal mencatit senarai nama Orang Orang yg bakal ditarik kembali nyawa untuk mengadap Ilahi pada tahun berikutnya. Andai salah satunya tercatat namaku. mampukah aku mendapat keampunan dari org sekeliling yg telah Disakiti, mampukah aku mendapat Pengampunan dari Tuhanku :'( Selama yg aku cari, hanya Bahagia Dunia sampaikan aku lupa apa makna Bahagia sebenar. 

"Apa maksud Bahagia yg sebenar?"
Ada satu kata kata yg buat aku mula memahami Bahagia jenis apa yg aku perlu Raih, Alhamdulilah, aku mula memahami apa yg tersirat disebalik UjianNya"





Aku kejar Allah, aku kejar Redha dariNya untuk menjadi bekal sebelum aku berdepanNya di Akhirat.  Hinanya aku sebelum ini , Takburnya diriku sebelum ini Ya Allah. Semoga bertemu jalan SyurgaMu


-Ya Allah, seandainya namaku tercatat dalam Senarai tersebut, maka jadikan Buku Catatan Amalanku yg terakhir ini adalah yg Tebaik. Jemputlah aku saat Iman ku meninggi kerana aku takut kembali padaMu saat Imanku tipis . Peluklah aku dengan KeredhaanMu, hamparkanlah aku dgn ketabahan yg tinggi, Dakapkan aku dgn Cahaya Keimanan dariMu Ya Allah. "Hidup dan Matiku hanya Untukmu" 

Maafkan aku wahai Manusia sekalian Alam, maafkan Anakmu wahai Ibubapaku . Istiqomah Diri sendiri sebelum menilai orglain. Semoga kita sama sama menyelami apa yg selama ini kita kejar, samaada Duniawi ditangan Kiri atau sentiasa menggenggam Akhirat ditangan Kanan? Allahu'alam . Hijrah tak kenal pengakhiran Usia , kita tak pernah Tua buat kebaikkan, Semoga kita meraih barakah dalam Catatan Baru kita bermula Esok , InshaAllah:')

Assalammualaikum .


PASTFUTURE
Owner
SHOW YOUR LOVE. SPREAD YOUR CARE
My Status
>> NEW YEAR!
date : 01/01/14
at:12 am


>> INLOVE.
date : 22/12/12-NOW
at:1 am


>> KAWAN BARU!
date : 15/11/13
at:10 pm


>> lAPAQ!
date : 12/10/13
at: 12pm


>> ME BORN?
date: 1/3/1993
at: 2.12pm

History

  • People say Seselamaat Hahari Babapa !♥
  • Hai bebebelogger :D
  • IZA IN SABAH !
  • jarak
  • lols
  • #PleaseStayStrong
  • Rasa yang Menipu
  • Kehidupan Kami
  • APA
  • nilaikan sendiri

  • D' Credits
    Basecode : Inspirit's Baby
    Template : Alia Eyra
    Header by : Alia Eyra